Rabu, 21 Mei 2014












SILAT GAYUNG HARIMAU 


Jom kenali tokoh-tokoh silat dimalaysia dengan lebih mendalam...








Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie

Tuan Guru Dr Mohamad Nizam bin Mohamad Shapie Kini  Telah merajui pertubuhan Seni Silat Gayung Fatani di sekitar Kuala Lumpur diantaranya universiti malaya dan Wilayah Persekutuan. Beliau telah dianugerahkan sebagai pakar silat pertama di dunia yang berjaya memperolehi PhD dalam bidang kejurulatihan sukan. Kejayaan ini adalah milik bersama seluruh ahli dalam dunia persilatan kerana dapat mempertingkatkan lagi ilmu persilatan dari aspek kejurulatihan sains sukan. Di samping itu, kejayaan ini adalah milik rakyat Malaysia kerana berjaya melahirkan seorang PAKAR SILAT yang menguasai kedua-dua bidang amali dan teori.

selain itu, terdapat beberapa kelebihan dan kepakaran beliau ini dapat digunakan untuk membantu mutu sukan silat di Malaysia seperti di MSN, ISN, kementerian-kementerian, pusat-pusat latihan silat dan beladiri serta pertubuhan-pertubuhan silat yang berhasrat mempertingkatkan mutu sukan pesilat mereka. Beliau yang kini pensyarah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur telah berjaya menubuhkan Kelab Silat UM dan mendapat sokongan penuh pihak universiti dan juga PESAKA dalam memajukan sukan silat di peringkat universiti-universiti di Malaysia.


Dan disini ingin diberitahu bahawa ada kajian yang diterbitkan keatasnya, antaranya seperti 
 Kajian Saintifik di peringkat Antarabangsa. Kajian Profil Aktiviti bertajuk semasa tindakan dalam negara Analisis persaingan silat DI DALAM Bidang Prestasi Jogja Akan Memberikan Jika pentender berguna Kepada para jurulatih silat Untukmasalah Method-Method menilai ialah keputusan atlit silat Olahraga Semasa pertandingan. Makluman Yang diperolehi Semasa pertandingan Akan membolehkan para jurulatih memperbaiki Method Latihan atlit silat Olahraga di bersebelahan menilai Skor markah dan dipulangkan pertaningan dijalankan.







Tn. Guru Aminuddin b. Haji Anuar


Tn. Guru Aminuddin b. Haji Anuar. Beliau dilahirkan pada 6 Ogos 1970 di Lenggong Perak,Malaysia. Merupakan ahli seumur hidup PSGFM, sebelum dipilih menerajuinya berdasarkan karakter, kepimpinan dan pengalaman luas beliau dalam dunia persilatan.

Beliau selaku Guru Utama pernah dihasratkan oleh Allahyarham Tn. Haji Anuar Abdul Wahab semenjak tahun 1999 lagi. Naman disebabkan pendirian beliau yang menghormati Allahyarham sebagai pemimpin utama sebuah persilatan yang masyhur ketika hidupnya, beliau hanya menerima tugas ini setelah ketiadaan beliau. Tugas ini diterima dengan penuh sabar dan amanah dalam meneruskan kesinambungan silatmelayu warisan bangsa Malaysia ini. Bak kata pepatah ‘patah tumbuh, hilang berganti’.
Beliau kini telah mendirikan rumah tangga dengan Pn. Majnah Abdillah dan beralamat di Sandakan, Sabah. Sebelum menerima jawatan ini beliau pernahbertugas dalam bidang perniagaan, dan perkhidmatan  silatprofessional. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai beliau:
Berpengalaman luas dalam membentuk pasukan dan program silat.
1. Juara Silat Kebangsaan dan Peringkat Sedunia, Silat Solo Putera
- (Gold Medal) 1992, Selangor
- (Gold Medal) 1994, Penang
- (Gold Medal) 1995, Terengganu
- (Bronze Medal) 1992, Jakarta, Indonesia
- (Silver Medal) 1994, Hatyai, Thailand
Program Pertandingan yang Pernah dikelolakan:
- Open Silat Olahraga UIA, Petaling Jaya
- Invitasi Silat Lima Penjuru Sekolah-Sekolah Hulu Langat
Silat Melayu PSGFM, Selangor Darul Ehsan
Silat Olahraga dan Seni Silat PSGFM Selangor
- Ketua Pertandingan Silat Terbuka UMS Sabah
Kursus yang dikendalikan:
- Kursus Kejurulatihan Silat Melayu (Pertandingan)
- Kursus Teknikal Perwasitan Silat Melayu (Pertandingan)
- Kursus Silat Seni Solo dan Senjata (PCS)
- Kursus Silat Olahraga, Teknikal dan Perwasitan SOR
- Bengkel Motivasi Silat Untuk Pelajar Sekolah (Pangkor)
 Harapan disini,Sebagai rakyat Malaysia yang ingin merealisasikan pembangunan silat Melayu beridentitikan Malaysia yang dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut telah meningkatkan pendidikan silat tradisi gelanggang bangsal kepada kurikulum silat di kenali sebagai Kurikulum Silat Malaysia maka adalah wajar kita menggembeling tenaga menjadikan sukatan kurikulum silat ini dilaksanakan secara menyeluruh bermula dari peringkat dasar hingga IPTA dan Belia seterusnya mengangkat Silat sebagai Seni Beladiri Rasmi dan tersenarai dalam Akta Warisan Negara.


Allahyarham Anuar Abdul Wahab (1945-2009)












              Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab AMN mula melibatkan diri dalam silat sejak tahun 1957. Pada tahun 1976 beliau diangkat secara rasmi sebagai Guru Utama PSGFM dengan persetujuan para Guru Tua yang mewakili kumpulan peringkat negeri, mereka ialah En.Embung Abdullah (Selangor), Tn.Hj.Imam Mansor Ismail (Perak), Tn,Hj,Mohamad Ali (Kedah) dan Tn.Hj.Ramli Syeikh Abd.Rahman (anak pengasas perguruan).

              Kerjasama para Guru Tua menjadikan beliau mahir dalam selok belok rahsia perguruan ini dan akhirnya beliau berjaya membangun dan mengembangkan perguruan ini diperingkat Malaysia dan antarabangsa.
              Beliau dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor (23hb.12.1945). Mendapat pendidikan pertama di Sekolah Melayu Sabak Bernam, Sekolah Menengah Kebangsaan Sabak Bernam dan Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur.Memiliki pendidikan Diploma Pengajian Islam (UKM), Sarjana Muda Kepujian (USM) dan Sarjana (UKM). Beliau telah membawa beberapa kejayaan kepada PSGFM antaranya seperti :

1. Mengasaskan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dan mendaftarkannya pada 19hb. September 1976. 

- Perguruan ini dapat menyatukan pengamal silat dan para guru silat aliran silat Melayu dari kumpulan Syeikh Abd.Rahman Tohir dan lain-lainnya yang dikenali sebagai silat pulut atau gayung pulut di bawah satu penguruan.

2. Beliau telah berjaya memertabatkan silat Melayu atau tempatan setanding dengan perguruan pencak silat, seni beladiri dan seni mempertahankan diri yang datang dari luar.

- Kejayaan ini adalah hasil dari meningkatkan kaedah pedidikan silat tradisi gelanggang bangsal kepada menggunakan Kurikulum silat yang telus dan setara yang mengekalkan keaslian silat Melayu.
Di antara hasilnya adalah:

- Juara keseluruhan dalam kejohanan Kejuaraan Silat Kebangsaan (1991, 1992, 1994 & 1995)

- Juara dalam kategori Persembahan Kumpulan di 1st International Martial Arts Games (IMGC) di Pyongyang Korea Utara (September 2004)
- Juara dalam kategori Persembahan Kumpulan di World Kung Fu Wusyu Championship Perugia Itali (13-15 Mei 2005) 

Kejuaraan IMGC ini disertai oleh 40 negara daripada 14 jenis seni mempertahankan diri terbaik di dunia. Lantaran itu, PSGFM telah berkembang di beberapa negara seperti Perancis, Austria, Switzland, German, New Celdonean, Ireland, Norway, Thailand dan lain-lain.


3. Penglibatan beliau dalam Pesaka ialah membawa PSGFM menjadi ahli bertaraf anggota badan pendiri Pesaka Malaysia. Selaku Ahli Dewan Perguruan PESAKA beliau berupaya turun padang secara langsung menjalankan tugas memberikan kepakaran beliau dalam:


- Kursus Jurulatih dan Wasit Juri Silat Olahraga (1984-2004)

- Kursus Jurulatih dan Wasit Juru Silat Seni (1991-2003)
- Mewujudkan Manual Jurulatih Silat Olahraga tahap I dan II
- Melatih Pasukan Silat Olahraga dan Silat Seni peringkat antarabangsa
- Menghasilkan Jurus Wajib di Persilat (1996)
- Pengerusi Teknik kejuaraan Silat Sedunia, Kuala Lumpur (1987)
- Pengerusi mewujudkan Muzik Silat  Baku Malaysia (1991)
- Pengerusi Senam Silat.
- Pengerusi, pengasas, penyusun dan penyampai Kurikulum Silat kepada 200 Guru Silat dari pelbagai aliran perguruan di Malaysia (2002-2005). 

Ketelusan beliau dapat dilihat ketika memberikan ilmu, kemahiran dan pengamalan kepada peserta latihan, program, bengkel dan kursus silat.